MESYUARAT KOLABORASI PENYELIDIKAN DI ANTARA PLUS MALAYSIA BERHAD DAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

MESYUARAT KOLABORASI PENYELIDIKAN DI ANTARA PLUS MALAYSIA BERHAD DAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

SHAH ALAM, 12 Februari 2026 – Satu Mesyuarat Kolaborasi Penyelidikan antara PLUS Malaysia Berhad dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Rangkaian Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU) telah diadakan pada 12 Februari 2026 di Bilik Mesyuarat Sidang, Aras 3, Bangunan Canseleri UiTM Shah Alam.

Mesyuarat yang berlangsung dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang ini dipengerusikan oleh Profesor Ts. Dr. Asmah Awal selaku Pengarah ReNeU, serta dihadiri oleh barisan pengurusan ReNeU, Pengarah Centre of Excellence (CoE) UiTM dan delegasi seramai 11 orang wakil PLUS Malaysia Berhad yang diketuai oleh Puan Adila Mustapa, Ketua Jabatan Innovation & Collaboration.

Sesi dimulakan dengan pembentangan pihak PLUS Malaysia Berhad yang mengetengahkan hala tuju strategik organisasi dalam memperkukuh inovasi, penyelidikan dan kerjasama bersama institusi pengajian tinggi. Seterusnya, beberapa CoE UiTM telah membentangkan kepakaran masing-masing, antaranya IIESM, SRI, SMRI, MITRANS, IBSD dan AuRIns, yang berpotensi menyokong keperluan industri lebuh raya serta pembangunan mobiliti pintar.

Antara pembentangan yang mendapat perhatian adalah daripada CoE MITRANS bertajuk Pilot Deployment of Mechanical Energy Harvesting Systems Along PLUS Highways for Self-Powered Road Infrastructure, yang dilihat berpotensi tinggi untuk diterokai dalam konteks aplikasi industri.

Mesyuarat ini turut menjadi platform perbincangan strategik bagi memperkukuh jalinan kerjasama antara UiTM dan pihak industri secara berterusan, sejajar dengan aspirasi memperkasa penyelidikan berimpak tinggi serta kelestarian pembangunan.

Sebagai pengisian tambahan, delegasi PLUS Malaysia Berhad turut dibawa melawat kemudahan makmal penyelidikan CoE IIESM UiTM bagi meninjau keupayaan teknikal dan infrastruktur penyelidikan yang tersedia, sekali gus membuka ruang kepada potensi kolaborasi penyelidikan dan pembangunan pada masa hadapan. 

 

Disediakan oleh:

Shaqayyum Nuraiman Hadis
Pegawai Eksekutif
Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU)

 

See Details