24 Jun 2026 – UiTM Shah Alam, Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU) telah menganjurkan Taklimat Panel Penilai Bengkel Audit Dokumen Instrumen Penilaian HICoE KPT bagi pencapaian Pusat Kecemerlangan (CoE) UiTM secara atas talian GMeet.
Objektif taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan dan penjelasan kepada panel penilai mengenai kaedah penilaian, skop audit dokumen, kriteria serta instrumen penilaian HICoE Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang akan digunakan dalam proses audit pencapaian Pusat Kecemerlangan (CoE) UiTM. Program ini juga bertujuan menyelaras kefahaman dan memastikan keseragaman penilaian dalam kalangan panel yang terlibat.
Taklimat telah disampaikan oleh Profesor Ts. Dr. Asmah Awal, Menjalankan Tugas Pengarah Research Neksus UiTM (ReNeU). Sasaran Peserta adalah kepada panel-panel penilai yang dilantik bagi melaksanakan audit dokumen Instrumen Penilaian HICoE KPT untuk menilai pencapaian Pusat Kecemerlangan (CoE) UiTM.
Secara keseluruhannya, sesi taklimat telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Para panel penilai telah memperoleh pemahaman yang lebih jelas mengenai kriteria, kaedah dan proses penilaian yang akan dilaksanakan. Diharapkan sesi ini dapat membantu memastikan proses audit dokumen dijalankan secara telus, objektif dan selaras dengan standard serta keperluan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi bagi memperkukuhkan kecemerlangan penyelidikan dan inovasi UiTM.
Disediakan oleh:
Nurulakma Hairoman
Penolong Pendaftar Kanan
Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU)
