Pengenalan

Entiti Kecemerlangan (EK) merupakan unit atau entiti yang terdiri daripada kumpulan penyelidik yang aktif menjalankan aktiviti penyelidikan atau perkhidmatan dalam bidang tujahan tertentu atau bersifat interdisiplinari.

Bagi memastikan agenda ini tercapai, kerjasama daripada kedua-dua pihak (EK dan fakulti/kolej/kampus cawangan) serta sokongan padu daripada seluruh warga kerja universiti amatlah penting.

Niche Areas 2024 - KPT

Image

Statistik - Entiti Kecemerlangan (EK)

Image

Klasifikasi - Entiti Kecemerlangan (EK)

Kumpulan Inisiatif Penyelidikan (RIG)

Pengurusan peringkat Fakulti

RIG yang baru ditubuhkan dan menjalankan penyelidikan / perkhidmatan dalam salah satu bidang tujahan ReNeU yang dipilih. RIG dipimpin oleh seorang Ketua.

Kumpulan Penyelidikan (RG)

Pengurusan peringkat ReNeU

RIG yang telah mencapai tahap prestasi dan melepasi peratus minima yang ditetapkan menggunakan Instrumen Penilaian HICoE dan dipimpin oleh seorang Ketua

Pusat Kecemerlangan (CoE)

Pengurusan peringkat CoE

RG yang diiktiraf oleh Senat atau LPU setelah mencapai markah minima yang ditetapkan menggunakan Instrumen Penilaian HICoE

Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE)

Pengurusan peringkat KPT

CoE universiti yang dinilai dan diiktiraf di peringkat kebangsaan dan KPT. HICoE dipilih berdasarkan tujahan penyelidikan / perkhidmatan yang selari dengan keperluan KPT dan negara

Pusat Kecemerlangan Antarabangsa (WCoE)

Pengurusan peringkat KPT

HICoE yang dinilai oleh KPT dan diiktiraf bertaraf antarabangsa dalam bidang tujahan dan mampu memacu penyelidikan / perkhidmatan di persada dunia

Nota:

1.RIG – Research Initiative Group

2.RG – Research Group

3.CoE – Centre of Excellence

4.HICoE - Higher Institution Centre of Excellence

5.WCoE – World Centre of Excellence

 

Pemantauan Prestasi - Entiti Kecemerlangan (EK)

Image

Sumber:

Garis Panduan EK (pindaan 2020)