12 Mei 2023- Telah berlangsung satu sesi audit penilaian Tapak Pusat Kecemerlangan (CoE) di Kampus UiTM Sg Buloh.
Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU) sebagai tulang belakang dalam melonjakkan penyelidikan dan entiti kecemerlangan di UiTM telah berganding bahu dan berkerjasama rapat dengan Institute of Pathology, Laboratory and Forensic Medicine (I-PPerForM) dalam Sesi Audit Penilaian Tapak CoE di peringkat dalaman UiTM. Sesi ini telah berlangsung di Aras 4, Bangunan Akademik, UiTM Kampus Sungai Buloh sebagai persiapan untuk permohonan bagi pengiktirafan ke HICoE tahun ini.
Sesi audit ini diketuai oleh Profesor Dr Nooritawati Md Tahir, yang juga TaskForce HICoE KPT, bersama Profesor Madya ChM. Dr Zainiharyati Mohd Zain, Timbalan Pengarah ReNeU EE, Profesor Madya Ts. Dr Abdul Hadi Abdul Razak, Timbalan Pengarah ReNeU CT dan sekretariat Entiti Kecemerlangan ReNeU.
Hasilan audit telah menunjukkan bahawa I-PPerForM adalah berdaya saing dalam memenuhi kriteria dan syarat yang seterusnya berpotensi untuk menghantar permohonan penarafan sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE).

Tahniah diucapkan kepada Profesor Datin Dr Hapizah Md Nawawi, FASc Pengarah, para felo penyelidik, dan kakitangan I-PPerForM yang memberikan komitmen yang tinggi serta mempamerkan prestasi cemerlang dalam pencapaian penilaian instrumen HICoE kali ini.