SHAH ALAM, 7 JANUARI 2025 – Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI) Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Pejabat Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU) dan PETRONAS Research Sdn. Bhd. telah mengadakan sesi pembentangan proposal bagi penyelidik UiTM yang telah berjaya dipilih oleh pihak PETRONAS untuk membentangkan projek berpotensi yang dicadangkan oleh UiTM bagi mendapatkan Geran PETRONAS bagi tahun 2025.
Seramai enam (6) orang penyelidik UiTM terpilih bagi membentangkan proposal penyelidikan seperti maklumat berikut: -
- Prof. Madya Dr Lokman Ibrahim
- Puan Zarina Omar
- Prof. Ir. Dr Juferi Idris
- Dr. Zadarina Jamil
- Prof. Madya Dr Abd Mutalib Md Jani
- Dr. Mohamed Falalu Hamza
Sesi pembentangan telah diadakan secara atas talian melalui pautan Microsof Teams dan dikelola serta dikawal selia oleh pihak PETRONAS. Sesi ini memberi peluang kepada penyelidik UiTM mengutarakan penggunaan teknologi serta kecekapan bahan dan cetusan idea-idea bernas yang inovatif untuk penyampaian pembentangan yang hebat.
Turut hadir sama mendengar sesi pembentangan adalah YBrs Profesor Ts. Dr. Asmah Awal, Pengarah Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU), Prof. Madya Dr Noor Fitrah Abu Bakar, Timbalan Pengarah EE , delegasi JPI dan delegasi daripada PETRONAS.
Semoga sesi pembentangan ini berjaya mencapai objektif UiTM di dalam mencapai GRU 2025 dan memantapkan lagi aktiviti penyelidikan dan menyerlahkan ketampakan akademik penyelidik UiTM.
Disediakan oleh: Nurulakma Hairoman
Penolong Pendaftar Kana
Neksus Penyelidikan UiTM