SHAH ALAM, 8 JANUARI 2024 – Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI) Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Pejabat Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU) dan Pejabat Pengurusan Penyelidikan (RMC) telah menganjurkan Bengkel Penyelidikan kepada warga akademik UiTM secara bersemuka di Dewan Berlian, Bangunan Wawasan UiTM Shah Alam dan secara atas talian melalui pautan webex.
Bengkel ini diadakan bagi memberikan pendedahan kepada warga akademik UiTM tentang tips untuk berjaya mendapatkan Geran Penyelidikan YPASM bagi tahun 2025. Berikutan masih lagi terdapat gap penyelidikan di Antartika maka Penyelidik UiTM boleh menggunakan peluang ini dalam menyumbangkan pengetahuan dan penyelidikan saintifik di benua kelima terbesar dan paling sejuk di dunia ini.
Penyelidikan di Antartika juga adalah peluang bagi menerobos bidang baharu arena Sains & Teknologi serta berupaya memberi gambaran yang amat signifikan dalam usaha penyelidik UiTM memahami proses-proses penting dalam ekologi alam sekitar dan iklim bumi serta memberi sumbangan secara tidak langsung kepada peningkatan dapatan geran dan penerbitan di UiTM.
Bengkel ini dirasmikan oleh YBrs Profesor Ts. Dr. Asmah Awal, Pengarah Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU) mewakili YBrs Profesor Ts. Dr. Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Jabatan Penyelidikan & Inovasi dan moderator Bengkel adalah Prof. Madya Dr Lokman Ibrahim.
Penceramah jemputan adalah:
1. Dr Tamalia Amanda Putri Othman, Head of Science Support & Strategic Alliance Department, YPASM
2. Profesor Ir. Dr Mohamad Huzaimy Jusoh, Kolej Kejuruteraan UiTM
3. Profesor Madya Dr Heo Chong Chin, Fakulti Perubatan UiTM.
Semoga Bengkel ini mencapai objektif dalam mendapatkangeran penyelidikan antarabangsa bagi penyelidik UiTM serta menjadi platfom dalam menawarkan peluang kerjasama dan pembentukan rangkaian baharu di peringkat nasional serta global berhubung isu Antartika.
Disediakan oleh:
Nurulakma Hairoman
Penolong Pendaftar Kana
Neksus Penyelidikan UiTM