MESYUARAT KOLABORASI PENYELIDIKAN DI ANTARA UiTM, PERTUBUHAN PELADANG NEGERI JOHOR DAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA: MEMACU PERTANIAN MAMPAN DAN AGROINDUSTRI

MESYUARAT KOLABORASI PENYELIDIKAN DI ANTARA UiTM, PERTUBUHAN PELADANG NEGERI JOHOR DAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA: MEMACU PERTANIAN MAMPAN DAN AGROINDUSTRI

Segamat, 24 Februari 2025 – Neksus Penyelidikan UiTM, Jabatan Penyelidikan & Inovasi UiTM telah menghadiri Mesyuarat Kolaborasi Penyelidikan di antara Pertubuhan Peladang Negeri Johor bersama Universiti Teknologi MARA dan Universiti Pertanian Malaysia. Mesyuarat telah diadakan di Ladang Bukit Bujang, Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) Segamat.

Pihak PPNJ diketuai oleh Tuan Hj Md Nizam Jumadi, Timbalan Pengurus Besar Operasi serta delegasi PPNJ. Manakala UiTM pula diwakili oleh Profesor Ts. Dr. Asmah Awal, Pengarah Neksus Penyelidikan UiTM, Prof Madya Dr Alawi, Pengarah ILD dan Prof Madya Ts. Dr Fazleen Fatah, Timbalan Dekan Penyelidikan Jaringan Industri (menjalankan tugas sebagai Dekan) dan Prof Madya Dr Azma Yusof, Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik, daripada Fakulti Perladangan dan Agroteknologi UiTM Kampus Melaka.

Objektif mesyuarat dan perbincangan adalah untuk merangka strategi serta hala tuju bagi memastikan kelangsungan dan kejayaan projek pertanian serta agro industri. Program diteruskan dengan pihak UiTM mempromosikan peluang kolaborasi antarangsa melalui persidangan yang akan dianjurkan oleh Fakulti Perladangan dan Agroteknologi untuk IPC (International Plantation Conference) dan Symposium on Tropical and Subtropical Ornamentals. pihak UPM turut mempromosikan Persidangan mereka melalui Agricultural & Food Engineering.

Diharapkan melalui usaha ini , UiTM akan dapat meningkatkan lagi jumlah geran penyelidikan melalui kolaborasi bersama pihak industri selain memberikan hasil penyelidikan dalam meningkatkan hasil pertanian yang mampan selain  menyokong usaha kerajaan ke arah memperkasakan sekuriti makanan negara.

 

Disediakan oleh:
Wan Zuraida Wan Mohd Zain (Ts Chm Dr)
Koordinator Energy & Environment
Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU)