MESYUARAT DAN PERBINCANGAN PENGEMASKINIAN HALA TUJU HICoE BERPOTENSI INSTITUT SENI KREATIF NUSANTARA (INSAN)

MESYUARAT DAN PERBINCANGAN PENGEMASKINIAN HALA TUJU HICoE BERPOTENSI INSTITUT SENI KREATIF NUSANTARA (INSAN)

Shah Alam, 5 Mac 2025 –Pejabat Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU), Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI) Universiti Teknologi MARA telah mengadakan Mesyuarat dan Perbincangan Hala Tuju HICoE Berpotensi Institut Seni Kreatif Nusantara (INSAN) di Dewan Persidangan Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.

Objektif pembentangan adalah untuk melihat pengemaskinian Hala Tuju HICoE Berpotensi INSAN di dalam merangka, mendokumentasi dan mempersembahkan inovasi performatif DNA warisan seni budaya lokal nusantara. INSAN juga membentangkan tentang strategi dan aktiviti yang akan dijalankan dan juga jangkaan hasil yang akan diterima dalam tempoh tahun pertama penarafan HICoE Berpotensi INSAN.

Pembentangan pelaporan ini diketuai oleh Ts. Dr. Verly Veto Vermol dan turut hadir mendengar pembentangan adalah Penolong Naib Canselor KPSK, Prof Tazul Izan bersama Ahli Tetap dan Ahli Bersekutu HICoE Berpotensi INSAN. 

Manakala Jabatan Penyelidikan & Inovasi diketuai oleh YBrs Profesor Ts. Dr. Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), JPI bersama Pengurusan ReNeU. 

Sesi pembentangan ini juga telah dihadiri oleh barisan panel penilai KPT yang terdiri daripada:-

  1. Profesor Dr Stefanie Shamila Pillai, Universiti Malaya
  2. Profesor Ir. Dr. Ahmad Sabirin Zoonfakar, Pengarah BITCOM, JPI, Universiti Teknologi MARA

Semoga dengan pengemaskinian hala tuju ini, INSAN akan terus berjaya dalam melakar karya seni serta menjadi platfom berkualiti tinggi dan menjadi pakar rujuk dalam bidang nic budaya dan industri kreatif serta memberikan impak positif kepada pertumbuhan ekonomi serta pembangunan sosial dan budaya negara.

 

Disediakan oleh:
Nurulakma Hairoman
Penolong Pendaftar Kanan
Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU)