Shah Alam, 6 Mac 2025 – Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU), Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI) Universiti Teknologi MARA telah mengadakan Sesi Taklimat Neksus Penyelidikan UiTM bersama Akademi Pengajian Islam & Kontemporari (ACIS) di Bilik Mesyuarat, Bangunan Cempaka 5, UiTM Shah Alam.
Objektif taklimat adalah:
- Memberikan makluman dan perkembangan terkini kepada ACIS berkenaan Entiti Kecemerlangan.
- Memperkasakan dan menyemarakkan penubuhan RIG untuk dilonjakkan ke peringkat yang lebih tinggi.
- Membangunkan bakat penyelidikan baru, platfom bagi penerbitan berimpak tinggi, penghasilan inovasi dan pembentukan jaringan kolaborasi yang boleh meningkatkan prestasi Universiti.
- Bakal menjadi peneraju dan pakar rujuk (referral point) dalam bidang tujahan berfokus di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
ReNeU menekankan tentang Amanat Naib Canselor UiTM bagi meningkatkan lagi penerbitan dan melestarikan penyelidikan di UiTM dengan 1 Pensyarah: 1 Kumpulan Penyelidikan: 1 Penerbitan. Peningkatan statistik Entiti Kecemerlangan bagi pendaftaran keseluruhan meningkat kepda 29.19% untuk tahun 2024.
Sesi taklimat dipengerusikan oleh YBrs Profesor Dr. S. Salahudin Suyurno (menjalankan tugas Dekan ACIS) bersama kehadiran Pengurusan ACIS.
Manakala taklimat dan pembentangan bagi Entiti Kecemerlangan disampaikan oleh YBrs Profesor Ts. Dr. Asmah Awal, Pengarah Neksus Penyelidikan UiTM bersama delegasi ReNeU yang terdiri daripada Timbalan – Timbalan Pengarah, Koordinator-koordinator dan staf Pentadbiran ReNeU.
Semoga pelaporan dan data-data yang dibentangkan akan dapat memberikan lagi motivasi kepada pihak ACIS dalam membuat perancangan dan strategi bagi meningkatkan lagi permohonan penubuhan RG / RIG bagi melestarikan lagi penyelidikan di UiTM.
Disediakan oleh:
Nurulakma Hairoman
Penolong Pendaftar Kanan
Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU)