Shah Alam, 21 Mei 2025 – Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU) telah mengadakan satu sesi perbincangan secara atas talian bersama pihak Fakulti Sains Sukan & Rekreasi, Pusat Sukan UiTM dan beberapa PTJ terlibat, bagi membincangkan hala tuju penubuhan Entiti Kecemerlangan (EK) baharu yang berfokus kepada kecemerlangan dalam bidang sukan.
Tujuan Perbincangan adalah seperti berikut:
1. Meneliti semula instrumen HICoE yang telah dikemukakan oleh pihak INSERT kepada ReNeU.
2. Menentukan hala tuju strategik pelaksanaan aktiviti dan trek pembangunan entiti baharu.
3. Mengenal pasti peranan dan tanggungjawab ahli EK dalam penyelarasan bersama PTJ dan entiti berkaitan.
4. Merangka pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang bagi memastikan kelestarian EK.
5. Mendapatkan input serta pandangan dari ahli serta pihak ReNeU bagi memperkukuh cadangan penubuhan EK.
Fokus Perbincangan adalah meliputi:
- Tatacara serta kriteria penubuhan Research Group (RG) / Research Interest Group (RIG)
- Kaedah pemantauan prestasi RG/RIG
- Pembentangan ringkas oleh ReNeU mengenai 26 nic oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan penetapan sasaran serta KPI yang perlu dicapai oleh setiap EK.
Sesi perbincangan ini telah dihadiri oleh:
1. YM P.M Dr Raja Mohammed Firhad Raja Azidin, Dekan Fakulti Sains Sukan & Rekreasi
2. Profesor Dr. Mohad Anizu Mohd Nor, Fakulti Sains Sukan & Rekreasi
3. P.M Dr. Hosni Hasan, TD PJI Fakulti Sains Sukan & Rekreasi
4. En. Zamri Abd Kahar, Timbalan Pengarah Kanan, Pusat Sukan UiTM
5. Profesor Ir. Dr. Jamaluddin Mahmud, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
Manakala delegasi daripada ReNeU diketuai oleh YBrs Profesor Ts. Dr Asmah Awal, Pengarah ReNeU Bersama Timbalan – Timbalan Pengarah, Koordinator dan Staf Pentadbiran ReNeU.
Rumusan & Penutup:
Perbincangan ini telah memberi gambaran jelas terhadap peranan EK yang ingin ditubuhkan, dengan penekanan bahawa Pusat Sukan bukan merupakan pusat kecemerlangan sukan, tetapi berfungsi secara operasi dalam pembangunan pelajar. EK yang bakal ditubuhkan ini diharap dapat mengisi keperluan dalam bidang penyelidikan dan inovasi sukan, dan seterusnya diangkat menjadi Pusat Kecemerlangan (CoE) menjelang penghujung Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
Disediakan oleh:
Nurulakma Hairoman
Penolong Pendaftar Kanan
Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |