Puncak Alam, 29 Mei 2025 – Seramai 40 penyelidik dari pelbagai fakulti telah menyertai Writing Workshop 2025 yang berlangsung selama dua hari bermula 28 hingga 29 Mei 2025 bertempat di Dewan Seminar, Aras 8, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.
Bertemakan “Health & Wellness Research Workshop: Pathway to Q1/Q2 Journals”, program ini dianjurkan oleh Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU dengan kerjasama UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.
Dua tokoh penyelidik berpengalaman telah dijemput sebagai penceramah utama, iaitu:
1. Prof Madya Dr. Mohd Lokman Ibrahim, Ketua Unit Perolehan Geran Antarabangsa & Swasta, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), UiTM
2. Prof. Dr. Kalavathy Ramasamy Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA
Tujuan bengkel ini diadakan adalah:
1. Membimbing peserta dalam merangka strategi penulisan berimpak tinggi, menyemak serta menambah baik manuskrip penyelidikan sedia ada, dan menyediakan pelan tindakan bagi penghantaran manuskrip ke jurnal berindeks Q1/Q2 yang disasarkan.
2. Menyokong aspirasi UiTM dalam memperkukuh ekosistem penyelidikan berimpak tinggi, selaras dengan agenda universiti untuk mempertingkatkan penerbitan dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan di peringkat global.
Hasil Bengkel
Peserta telah mendapat maklum balas menyeluruh daripada pakar berkenaan:
- Struktur penulisan,
- Reka bentuk metodologi penyelidikan, dan
- Kesesuaian jurnal sasaran.
Bengkel ini secara langsung menyumbang kepada peningkatan kualiti penulisan akademik dan memperkukuh kedudukan UiTM dalam landskap penerbitan penyelidikan antarabangsa.
Disediakan oleh:
Dr Noor Azliyana Azizan
Koordinator Health and Wellness
Neksus Penyelidikan UiTM