PROGRAM CITRA KOLABORASI JABATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI UITM BERSAMA PUSAT IDEA-UKM

PROGRAM CITRA KOLABORASI JABATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI UITM BERSAMA PUSAT IDEA-UKM

18 Jun 2025 – Satu lawatan penanda arasan daripada pihak Jabatan Penyelidikan dan Inovasi (JPI) UiTM ke Pusat IDEA Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Lawatan ini telah diusahakan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) dan juga Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeu) bagi mempelajari pengoperasian dan juga fungsi Pusat IDEA UKM dalam usaha memperkasakan serta meningkatkan keberhasilan aktiviti penyelidikan dan inovasi selain membina jaringan antara kedua-dua Universiti.

Delegasi UiTM bagi Program Citra Kolaborasi Pejabat Penyelidikan dan Inovasi UiTM bersama Pusat IDEA UKM telah diketuai oleh YBrs. Prof. Dr Nor Azura Md Ghani (Pengarah RMC), Diiringi bersama YBrs. Prof. Ts. Dr. Asmah Awal (Pengarah ReNeU), dan juga turut bersama Timbalan Pengarah serta Pegawai dari RMC dan juga ReNeU UiTM.

Kehadiran delegasi UiTM ini telah disambut mesra oleh Prof. Madya Dr. Wan Zawiah Wan Zain (Timbalan Pengarah Pusat IDEA UKM), Prof. Dr Salasiah Hanim Hamjah (Peneraju Kluster Penyelidikan Warisan & Masyarakat Madani), Prof. Dr Zaidi Che Cob (Timbalan Pengarah Strategi & Pembangunan ALAF-UKM), Prof. Dr. Sawal Hamid Md Ali (Timbalan Pengarah Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi UKM).

Sepanjang sesi lawatan, pelbagai pertanyaan, pandangan serta perkongsian ilmu telah dibincangkan secara terbuka dan konstruktif. Pihak UiTM amat menghargai kesediaan UKM dalam berkongsi amalan terbaik, strategi serta pendekatan holistik yang digunakan dalam mengurus dan memacu kecemerlangan penyelidikan dan inovasi di universiti mereka.

Sesi ini turut membuka ruang kerjasama strategik antara kedua-dua institusi, terutamanya dalam bidang penyelidikan dan inovasi yang memberi impak kepada masyarakat. Diharapkan hasil daripada lawatan ini akan melonjakkan lagi pencapaian dan reputasi kedua-dua universiti dalam spektrum penyelidikan dan inovasi, serta menyumbang kepada peningkatan taraf sosioekonomi, kesejahteraan sosial dan pembangunan pendidikan dalam negara.