LAPORAN MESYUARAT DAN PEMBENTANGAN HALA TUJU HICoE BERPOTENSI INSTITUT SENI KREATIF NUSANTARA (INSAN)

LAPORAN MESYUARAT DAN PEMBENTANGAN HALA TUJU HICoE BERPOTENSI INSTITUT SENI KREATIF NUSANTARA (INSAN)

Shah Alam, 22 Julai 2025 – Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU) telah mengadakan mesyuarat dan perbincangan hala tuju Pusat Kecemerlangan Berimpak Tinggi (HICoE) Berpotensi bagi Institut Seni Kreatif Nusantara (INSAN), bertempat di Bilik Mesyuarat CMT Hub, UiTM Shah Alam.

Mesyuarat ini bertujuan untuk melihat dan menyemak lebih awal pembentangan hala tuju HICoE INSAN sebelum sesi pembentangan rasmi kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Pembentangan pelaporan diketuai oleh YBrs. Profesor Dr. Mohamad Kipli Abd Rahman, Pengarah INSAN bersama delegasi, Ahli Tetap dan Ahli Bersekutu INSAN.

Manakala delegasi dari Pejabat ReNeU telah diketuai oleh YBrs. Profesor Ts. Dr. Asmah Awal, Pengarah ReNeU, bersama barisan pengurusan kanan ReNeU.

Semoga pembentangan ini menjadi langkah penting dalam menjayakan misi dan visi INSAN sebagai pusat kecemerlangan bertaraf dunia serta seterusnya melonjak nama UiTM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

 

 

Disediakan oleh:

Nurulakma Hairoman
Penolong Pendaftar Kanan
Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU)