Shah Alam, 18 Julai 2025 – Bengkel dua (2) hari “Ethical Writing & AI Tools for Systematic Literature Review” menarik penyertaan 58 penyelidik dan pensyarah UiTM. Dikendalikan oleh Prof. Madya Dr Muhammad Roil Bilad dari Universiti Brunei Darussalam. Bengkel ini memberi fokus pada penulisan beretika dan penggunaan AI untuk mempercepatkan proses systematic literature review (SLR).
Peserta mempelajari cara mengelakkan plagiarisme, menggunakan perisian anti-plagiarisme, serta strategi menulis yang asli dan telus. Alat AI seperti ChatGPT, Scite, dan Napkin AI diperkenalkan bagi membantu pencarian artikel, pengekstrakan maklumat, dan pemetaan tema kajian dengan lebih pantas.
Selain itu, peserta didedahkan dengan teknik penerbitan berimpak tinggi, termasuk pemilihan jurnal berindeks dan penulisan manuskrip yang berkualiti. Melalui sesi hands-on, peserta berjaya membina rangka SLR sendiri dan mendapati penggunaan AI dapat mengurangkan masa penyediaan SLR hingga 40% serta meningkatkan peluang penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi.
Disediakan oleh:
Nur Shahirah Nor Azman CHRO, MMIHRM
Pegawai Eksekutif Kanan
Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |