BENGKEL PENULISAN ARTIKEL PENYELIDIKAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI KECERDASAN BUATAN (AI)

BENGKEL PENULISAN ARTIKEL PENYELIDIKAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI KECERDASAN BUATAN (AI)

Shah Alam, 11 Mei 2025 – Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU) telah menganjurkan dua (2) Bengkel Penulisan Artikel Penyelidikan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) pada 11 hingga 13 Mei 2025, bertempat di Bilik Seminar Al-Haytham, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Kompleks Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam. Seramai 52 peserta dari pelbagai fakulti telah menghadiri bengkel intensif ini.


Dua bengkel yang dijalankan adalah seperti berikut:

Bengkel 1 : AI Meets Academia: Ethical Writing for Original Research Articles
Tarikh : 11 & 13 Mei 2025
Penceramah : Prof. Madya Dr. Ihsan Yassin

Bengkel 2 : AI Meets Academia: Ethical Writing for Bibliometric Review Articles
Tarikh : 11 & 12 Mei 2025
Penceramah : Dr. Noor Azliyana Azizan

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Profesor Dr. Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UiTM. Sesi taklimat pembukaan (scene setting) pula telah disampaikan oleh YBrs. Profesor Ts. Dr. Asmah, Pengarah ReNeU.

Objektif utama bengkel ini adalah:

1.    Meningkatkan kemahiran penulisan akademik dan memahami peranan AI dalam penulisan penyelidikan.
2.    Memperkasa amalan integriti dan etika dalam penyelidikan.
3.    Menghasilkan artikel penyelidikan yang bersedia untuk dihantar ke penerbitan berwasit.

Penganjuran bengkel ini diharap dapat meningkatkan kemahiran penulisan beretika menggunakan teknologi AI, memupuk budaya penulisan yang aktif di peringkat fakulti dan universiti, serta menyumbang kepada peningkatan penerbitan artikel berimpak tinggi selari dengan matlamat strategik UiTM.

 

Disediakan oleh:

Nurulakma Hairoman
Penolong Pendaftar Kanan
Neksus Penyelidikan UiTM
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.