Shah Alam, 23 Jun 2025 – Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU) telah mengadakan lawatan ke Pusat Asasi UiTM bagi program ReNeU Road Tour on RIG yang berlangsung di Dewan Kuliah D3, Pusat Asasi UiTM. Jelajah ini merupakan inisiatif strategik ReNeU dalam usaha memperkukuhkan ekosistem penyelidikan di seluruh fakulti dan kampus UiTM.
Program ini bertujuan memperkenalkan serta memperkasakan peranan Entiti Kecemerlangan (EK) di Pusat Asasi UiTM dalam menyokong agenda penyelidikan, inovasi dan pembangunan akademik yang selari dengan aspirasi universiti dan negara. Objektif taklimat ini adalah seperti berikut:
1. Memberikan pendedahan mengenai struktur dan fungsi Entiti Kecemerlangan.
2. Meningkatkan kefahaman pensyarah dan penyelidik berkaitan hala tuju Entiti Kecemerlangan.
3. Menggalakkan kerjasama penyelidikan rentas disiplin berimpak tinggi.
Majlis perasmian sesi outreach ini disempurnakan oleh YBrs. Dr. Khaniza Hasliza Abdul Khalil, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) Pusat Asasi UiTM yang mewakili Pengarah Pusat Asasi UiTM. Manakala delegasi ReNeU diketuai oleh YBrs. Profesor Ts. Dr. Asmah Awal, Pengarah ReNeU bersama-sama Timbalan Pengarah, Koordinator, staf pengurusan & profesional serta pentadbiran ReNeU.
Antara intipati taklimat ReNeU adalah:-
i. Peranan Entiti Kecemerlangan dalam menyokong pelan strategik penyelidikan Fakulti dan Universiti.
ii. Peluang pembiayaan, kolaborasi dan penyeliaan menerusi EK.
iii. Pencapaian semasa EK serta perancangan masa hadapan.
Sesi pertemuan ini membuka ruang perbincangan positif ke arah memantapkan budaya penyelidikan dan kecemerlangan akademik dalam kalangan warga Pusat Asasi UiTM. Diharapkan agar Entiti Kecemerlangan sedia ada dan yang bakal diwujudkan dapat dimanfaatkan secara optimum sebagai platform penyelidikan berimpak tinggi serta jaringan kolaboratif di peringkat nasional dan antarabangsa.
Disediakan oleh:
Nurulakma Hairoman
Penolong Pendaftar Kanan
Neksus Penyelidikan UiTM