KUNJUNGAN SAINTIFIK ANTARABANGSA UNIVERSITY OF CONSTANTINE 1, AL GERIA KE NEKSUS PENYELIDIKAN UiTM (ReNeU)

KUNJUNGAN SAINTIFIK ANTARABANGSA UNIVERSITY OF CONSTANTINE 1, AL GERIA KE NEKSUS PENYELIDIKAN UiTM (ReNeU)

SHAH ALAM, 16 Julai 2025 – Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI) melalui Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU) telah menerima kunjungan hormat delegasi University of Constantine 1, Algeria, dan mengadakan Mesyuarat Potensi Kolaborasi Penyelidikan secara bersemuka di UiTM Shah Alam.

Lawatan ini turut disertai oleh Associate Professor Dr. Mouloud Khelf dari Department of Transportation Engineering, University of Constantine 1, yang diiringi oleh Prof. Madya Ts.Gs. Dr. Abdul Rauf Abdul Rasam, Ketua Penyelidikan & Penerbitan dari MITRANS mewakili Pengarah MITRANS. Delegasi UiTM pula diketuai oleh YBrs. Profesor Ts. Dr. Asmah Awal, Pengarah ReNeU, bersama pasukan ReNeU.

Kolaborasi strategik antara UiTM dan University of Constantine 1, Algeria dijangka dapat diperkukuh pada masa hadapan demi mempertingkatkan sinergi penyelidikan, keterlihatan antarabangsa, serta penghasilan output akademik berimpak tinggi di peringkat global.

 

Disediakan oleh:

Nurulakma Hairoman
Penolong Pendaftar Kanan
Neksus Penyelidikan UiTM
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.