BENGKEL PENILAIAN KENDIRI PRESTASI KUMPULAN INISIATIF (RIG) TAHUN 2025 (DATA TAHUN 2024)

BENGKEL PENILAIAN KENDIRI PRESTASI KUMPULAN INISIATIF (RIG) TAHUN 2025 (DATA TAHUN 2024)

Shah Alam, 4 September 2025 – Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU) telah menganjurkan Bengkel Penilaian Kendiri Prestasi Kumpulan Inisiatif Penyelidikan (RIG) Tahun 2025 dengan mengambil kira data prestasi tahun 2024. Program ini dilaksanakan secara hibrid, iaitu secara bersemuka di Dewan Berlian, Bangunan Wawasan pada sesi pagi bermula jam 9.00 hingga 12.00 tengah hari, manakala sesi atas talian melalui Google Meet diadakan pada sebelah petang dari jam 2.00 hingga 4.00 petang

Bengkel ini bertujuan memberi kefahaman kepada peserta mengenai tatacara serta instrumen penilaian kendiri RIG, di samping membimbing mereka menguasai kaedah penilaian menggunakan instrumen HICoE sebagai rujukan piawaian. Selain itu, ia menyokong aspirasi UiTM untuk melahirkan lebih banyak Entiti Kecemerlangan (EK) yang diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa.

Sepanjang bengkel, peserta didedahkan kepada klasifikasi EK UiTM yang merangkumi RIG, RG, CoE, HICoE dan WCoE, serta hierarki perkembangan entiti sehingga Jun 2025 yang mencatatkan 39 RG dan 196 RIG aktif. Perbincangan turut memberi fokus kepada taburan RIG dan RG mengikut negeri, dengan Selangor sebagai penyumbang utama, serta penekanan kepada elemen penilaian prestasi RIG meliputi geran penyelidikan, penerbitan akademik, dan penyeliaan pelajar pascasiswazah. Penjelasan turut diberikan mengenai kaedah penarafan bintang EK (EK STAR) yang dilaksanakan secara tahunan menggunakan instrumen HICoE.

Ucapan aluan dan sesi scene setting telah disampaikan oleh Pengarah Neksus Penyelidikan UiTM, Profesor Ts. Dr. Asmah Awal.  Bengkel secara bersemuka dihadiri oleh ketua-ketua RIG dari UiTM Shah Alam, manakala sesi atas talian melibatkan ketua-ketua RIG dari kampus-kampus cawangan. 

ReNeU berharap agar ketua RIG dapat menyediakan pelaporan prestasi bagi setiap ahli tetap dalam RIG masing-masing bagi tujuan pemantauan prestasi tahun 2024 dan perancangan tahun 2025. Diharapkan bengkel ini menjadi platform penggerak kepada agenda penyelidikan yang lebih terancang, berimpak tinggi serta memberi sumbangan kepada pembangunan ilmu dan kesejahteraan masyarakat.

 

Disediakan oleh:

Nurulakma Hairoman
Penolong Pendaftar Kanan
Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU)