MAJLIS MENANDATANGANI MOU DI ANTARA UiTM DAN UNIVERSITY OF TORINO, ITALY

12 Mei 2023 – Majlis menandatangani MoU di antara UiTM dan University of Torino, Italy

Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan University of Torino, Italy pada Jumaat telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama meningkatkan kolaborasi penyelidikan di dalam bidang identifikasi & pengurusan bencana.

Majlis tandatangan tersebut disempurnakan oleh Prof. Emilio Nuzzolese, Professor di Institute of Legal Medicine, University of Torino dan diwakili oleh wakil UiTM, Prof. Dr Yusmiaidil Putera Mohd Yusof, Timbalan Pengarah Health & Wellness, Neksus Penyelidikan UiTM (ReNeU). YBhg. Prof. Dr Yusmiaidil turut mengambil peluang selaku visiting professor bertemu dan beramah mesra bersama pelajar undergraduate di sana.

Semoga MoU ini sebagai titik permulaan kepada kerjasama yang lebih erat diantara dua institusi dalam bidang penyelidikan, program pengajian, penganjuran aktiviti yang melibatkan kakitangan dan pelajar.